Info & Tips

Knowledge of the World

  • nuffnang_bid = "50801bc826867ddc07b0abad04f947ff";
  • Iklan Berbayar

    Sebulan hanya RM10.00. Jika berminat sila e-mail kepada kami di bussinternet@gmail.com

  • PERCUMA!!!

Apakah FOREX?

Posted by putera2info on October 25, 2009

Forex adalah singkatan Bahasa Inggeris bagi FOREIGN EXCHANGE. Jika di  terjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud PERTUKARAN MATAWANG ASING.

Secara ringkas, FOREX adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli  dan dijual oleh saudagar-saudagar FOREX dan bank-bank seluruh dunia.

Sebelum tahun 1996, pasaran ini hanya dibuka kepada ahli-ahli exclusive, yang  terdiri daripada Bank, Institusi Pelaburan dan individu berpengaruh (High Net Worth  Individuals), konglomerat multi millionaire seperti George Soros sahaja kerana  modal permulaan sebanyak USD10 Juta diperlukan untuk memasuki pasaran ini.  Oleh itu, pasaran forex ketika itu tidaklah popular dikalangan pelabur biasa kerana  ramai yang tidak mampu dan tidak dibenarkan melabur di dalam forex. Jumlah  dagangan harian juga di bawah USD500 juta setiap hari sahaja.

Kemudian, pada tahun 1996, forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan  buat pertama kali oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton. Semenjak itu,  broker-broker forex tumbuh bagaikan cendawan dan jumlah dagangan terus  meningkat setiap tahun. Kini, purata dagangan harian forex mencapai USD2.5  trillion setiap hari.

Pasaran FOREX amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu  negara dalam sekelip mata (Contoh di Russia dan Indonesia).  Ingatkah anda siapa  George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran  forex bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 billion dalam sekelip mata sahaja.

Kini, broker forex semakin bertambah banyak dan akibat dari pada saingan broker  forex di internet, modal minima membuka akaun telah menjadi semakin rendah.  Kini, memadai dengan modal sebanyak USD300 sahaja, anda boleh membuka  akaun dan mulakan dagangan (trade). Malah sudah ada platform broker internet  forex yang menawarkan modal permulaan serendah USD25 sahaja.

Forex adalah suatu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah  dagangan harian melebihi USD2.5 trillion sehari, jauh melebihi jumlah dagangan di  mana-mana bursa saham dunia. Pasaran forex di buka 24 jam sehari tanpa henti ,5  hari seminggu.

Jumlah dagangan (volume) forex adalah melebihi 4 hingga 5 kali saiz pasaran  niaga hadapan (futures) US. Forex juga adalah merupakan pelaburan utama bagi  bank-bank perdagangan utama, bank pusat (central bank dan bank-bank komersial  di seluruh dunia.

Dagangan forex adalah dagangan 2 hala. Bermakna, anda boleh mengaut  keuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik. Oleh kerana forex  diniagakan 2 hala dan  jumlah dagangan forex yang tinggi ini, semua orang  berpeluang untuk mengaut keuntungan dan kekayaan melaluinya, dengan syarat  anda tahu bagaimana caranya.

Forex bebas dari sebarang caj komisen seperti yang di amalkan di pasaran saham.

Ianya juga memberikan ‘leverage’ yang tinggi terhadap modal. Hasil leverage yang  tinggi ini membolehkan kita berdagang forex dengan memiliki sejumlah besar nilai  matawang walaupun kita haya mengeluarkan modal yag kecil. Leverege ini akan  diterangkan dalam bab selanjutnya

Hasil gabungan program komputer yang baik, ‘skill’ dan pengalaman dalam  menganalisa pasaran secara fundamental ataupun secara teknikal, anda dengan  mudahnya dapat mengaut keuntungan yang banyak disamping dapat meminimakan  risiko kerugian. Kerana itulah buku KuasaForex diterbitkan bertujuan mendedahkan  teknik dan rahsia bagi membolehkan anda turut serta menikmati dan membina  kekayaan yang melimpah-ruah ini. Kekayaan yang tidak terbatas yang tidak  seharusnya anda persiakankan begitu saja. Memang rugi sungguh sesiapa yang  tidak manfaatkan sumber kekayaan ini.

~Bersambung~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: