Info & Tips

Knowledge of the World

  • nuffnang_bid = "50801bc826867ddc07b0abad04f947ff";
  • Iklan Berbayar

    Sebulan hanya RM10.00. Jika berminat sila e-mail kepada kami di bussinternet@gmail.com

  • PERCUMA!!!

Akukah Yang Terlewat (2)

Posted by putera2info on October 25, 2009

Ika jadi tergamam memandang lelaki tampan yang hadir untuk membantunya. Izzad menghampiri mereka dengan wajah yang bengis. Lelaki yang sedang memegang pergelangan tangan Ika,dengan segera melepaskan Ika.
“Sorry brother! Ingatkan awek single tadi,” terketar-ketar mulut lelaki biadap itu memohon maaf.
“Lain kali tengok oranglah dulu!” tempikan kuat Izzad membuatkan banyak pasang mata yang ada di dalam disko itu menoleh ke arah mereka bertiga.
“Okey! Okey!” lelaki itu angkat kedua-dua belah tangannya dan cepat-cepat berlalu.
Badan Ika terasa seram sejuk.Kepalanya nak berpusing dan tubuhnya lemah hingga tak mampu berdiri.Akhirnya Ika rebah. Mujurlah Izzad cepat menyambut.
Ika dipimpin ke sofa.Setelah berehat seketika, Ika menyedut perlahan minuman yang diberikan Izzad. Dia menarik nafas. Walaupun tidak pulih sepenuhnya,Ika rasa badannya segar sedikit.Dia bingkas bangun.
“Are you okey now?”Izzad kerut dahi melihat Ika bangun.
Ika tak mengendahkan pertanyaan Izzad.Peristiwa yang baru menimpanya tadi membuatkan hatinya tak tenteram. Dia meluru keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada Izzad Yusri yang telah membantunya.

“Syafika….tunggu sekejap!”
Ika terdengar orang memanggil namanya ketika die sudah menghampiri keretanya. Dia menoleh. Izzad berlari-lari anak mendapatkannya.
“Nah! Beg awak tertinggal kat dalam tadi,” Izzad menghulurkan tas tangan kepada Ika.
Ika merenggutnya dengan kasar. Dia terus membuka beg dan mengeluarkan kunci kereta.
“Maafkan saya. Saya harap awak tak marah kalau saya cakap sesuatu,” Izzad masih mampu berlembut walaupun dilayan dengan kasar.
Ika tak jadi masuk ke dalam kereta.Dia memandang Izzad dengan ekor matanya sambil mengerutkan kening. ” Apa dia?” Dia meninggikan suaranya.
“Sya rasa tak elok gadis seperti awak masuk ke tempat seperti ini. Lagipun cara awak berpakaian lebih menggalakkan lagi lelaki menggangu awak.”
Ika rasa tercabar. Kemarahannya makin meluap-luap. “Hei! What I do in my life is my own business. Siapa you nak menasihatkan I? Tolong jangan jaga tepi kain orang lain….”
“Look lady! Saya cuma nak menolong awak. Kalau awak tak sudi nak tolong diri awak sendiri,terpulanglah!” Izzad jadi berang dengan kelakuan Ika yang langsung tak mengenang budi.
“Kalau you rasa diri you tu malaikat,buat apa you pun masuk sama ke dalam disko tu,”sindir Ika,tajam.
“Bila masa pulak saya kata saya ni malaikat?Untuk pengetahuan awak,saya masuk sebab nak jumpa seseorang.”
“Alasan!” Ika mencebik.
“Saya rasa awaklah perempuan paling ego yang pernah saya jumpa.Kalau tahu jadi macam ni,tak teringin saya tolong awak tadi!” Izzad berpusing dan melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Ika masih tercegat di ditu.Hatinya berperang antara rasa geram dan kesal.Tak patut aku buat dia macam tu.Susah payah dia tolong aku.But…. ah..go to hell with him.
Ika masuk ke dalam perut kereta dan menghempas kuat pintu,seakan melepas geram.

Di kolej, Ika cuba berlagak seperti biasa biarpun hatinya luka apabila terpandang Amran dan Sara yang asyik berkepit ke hul ke hilir. Sejak Ika tahu tentang perhubungan mereka,pasangan itu tidak lagi berjumpa secara sembunyi-sembunyi seperti dulu.
Habis kuliah,Ika cepat-cepat mengemas bukunya.Dia ingin segera keluar dari kelas.Dia tak mahu terserempak dengan Sara,Amran apatah lagi.Dia merasakan dirinya bagaikan dipanahi halilintar apabila berhadapan dengan mereka.
Sara rapat ke meje temannya. “Ika!’
Ika tak mempedulikan.Dia terus menghayun langkah keluar.Entah mengapa,hatinya jadi sebak.Sara mengekor dan berjalan beriringan dengan Ika.
“I tahu you marahkan I kan. I’m sorry.Takkanlah you nak putuskan hubungan persahabatan kita hanya kerana perkara kecil ni?”
Langkah Ika terhenti.Muka Sara ditenung.
“Perkara kecil? Hei…dengar sini! Aku tak perlukan seorang kawan yang pandai bermuka-muka tapi menikan dari belakang.One more thing..don’t you ever talk to me again…” Ika menarik nafas panjang sebelum berlalu dengan pantas.

Di belakang bangunan,Ika menekup muka ke lutut.Ika menahan tangis bagi melepaskan sebak di dada.
Maafkan aku Sra! Aku tak dapat meneruskan persahabatankita yang telah lama terjalin.Aku tak dapat terima kenyataan ini.Kau telah mengkhianati aku!
Seketika,Ika mengangkat muka dengan esak tangis yang masih bersisa.Kelibat seorang jejaka menangkap deria pandangnya.Ah,dia ni….benci aku tengok muka seposen ni.Tak sedar diri..nak bagi nasihat konon.
Ika cepat-cepat mengesat air matanya.Dia menundukkan wajah agar tidak dilihat.Izzad berlalu tanpa menghiraukan Ika.Ika menarik nafas lega.Bertemankan hati yang parah,Ika meneruskan perjalanan pulang,Dia cuba melupakan kenangan semalam tapi pertemuan dengan Sara menyebabkan kedukaan itu menerpa kembali.

“Ika… Ika…”sayup-sayup terdengar suara Lia melaung.Ika berpaling dan menghadiahkan senyum untuk Lia yang semakin menghampirinya.
“Dah nak balik ke?’ Lia tercungap-cungap berlari mendapatkan Ika.
“Ha’ah..aku dah tak ada kelas.Kau ada kelas lagi ke?”
“Aku pun dah habis.Jomlah balik sama-sama!”
Mereka beriringan ke tempat menunggu bas.
“Ika,kalau aku tanya,kau jangan marah ya!”Lia seakan meminta kebenaran untuk tidak menyiggung temannya.
“Depends…if it isn’t too sensitive!”
“Emm… I don’t think so!”
“So,what’s up?”
“Malam semalam kau jumpa Izzad kan?”
“Ha’ah…kenapa?”
“Izzad ada cerita kat aku apa yang terjadi sebab dia tahu aku nir kawan kau.Aku rasa kau tak patut buat dia macam tu!”
“Oh…Izzad mengadu kat kau la ye!”Ika senyum sinis.
“Bukan begitu tujuan dia.Dia cume nak lahirkan rasa kecewa dengan sikap kau.Kau langsung tak menghargai pertolongan dia.Aku harap kau pikirlah masak-masak perkara ni.Ika..cuba kau letak diri kau di tempat dia,apa perasaan kau?”
“Aku sendri tak tahu kenapa aku buat macam tu semalam,” Ika melepaskan keluhan.

“Eh Ika,bas aku dah sampai la.Aku balik dulu ya..bye!”Lia berlari-lari nanak mendapatkan basnya.
Ika menoleh sekilas pergelangan tangan.Lambatnya bas ni,dia merungut dalam hati.Pandangan Ika terarah pada sebuah teksi yang sedang menghalanya.Dia bingkas bangun dan menahan.Teksi berhenti dan Ika segera masuk.
“Damansara Height!” dia memberitahu sebaik berada dalam perut teksi.
Belum sempat teksi berlalu,seorang jejaka menahannya.Teksi berhenti. Sebaik pintu dibuka…mata Ika terbeliak. Izzad Yusri??

~bersambung~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: