Info & Tips

Knowledge of the World

  • nuffnang_bid = "50801bc826867ddc07b0abad04f947ff";
  • Iklan Berbayar

    Sebulan hanya RM10.00. Jika berminat sila e-mail kepada kami di bussinternet@gmail.com

  • PERCUMA!!!

Pengalaman Seram

Posted by putera2info on October 23, 2009

Sumber syok.org

Al-kisah pada suatu hari, di sebuah kampung nun di di pantai Timur semenanjung Malaysia ……”Mak, Aziz balik dulu Mak” “Aziz….. Mak kata jangan balik dah malam ni,pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni…”Tak boleh Mak, Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak…”.”Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ke KL tu ……””Tak apalah Mak, Aziz balik dulu, assalammualaikum” lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta  Honda yang baru seminggu dimilikinya ……”emmmmm …. Boring betullah ..” rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya.  Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semakin lengang mungkin kerana masing-masing sudah  sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban di kampung.”Emmmmm… baru sampai lebuhraya karak …, dah dekat gak ni..” Tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya ” kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya

..

tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu …. kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib …..” namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya “aaaarghhhh …….. ngarut jer … mana ader hantu …. sekarang ni zaman internet jer …. sekarang ni .. hantuu semua tinggal dlm hutan ..”kata Aziz keseorangan mententeramkan hatinya yang tidak tenteram …. namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci  al-quran… Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh di hadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak di tepi jalan,peluhnya mula memercik kembali “hantu ker?” soal hatinya …. “Argh…bukan” dikuatkan semangatnya. Semakin hampir ……, dan semakin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu, rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri
ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. “Orang rupanya ingatkan hantu” begitu celupar mulut Aziz berkata-kata,  hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tuaitu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut ….. “Mak cik nakkemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah … bahaya sesorang malam-malam ni …….

“Segera Aziz membuka pintu disebelahnya …… tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan.Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta …. “Terima kasih nak” kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap….perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut ……. garau sungguh menyeramkam ……. “aapaaa ….  mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni baaaahaaaaayaaaaa mak cik,malam pulak tu” kata Aziz terketar-ketar…… “sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan di tempat mak cik berdiri tadi …….” Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak

memandang muka Aziz “Apa .. darahhhhh!!!!!!!!” jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyamemercik …..mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula ……. “yer …. anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati  jadi tak baik kita biarkan darah orang mati kering begitu saja, nanti  jilat di langsuir …….. ” kata perempuan tua itu dengan suaranya  yang garau …….semakin kuat anggota badan Aziz menggeletar …..ditolehnya ke arah perempuan tua itu …….. tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya …… “burghhhh …… burghhhh ……. burghhhh!!!!!!!!1” tetiba baldi yangvperempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih …….. burghhhh …… burghhhh …….. burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut “Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh” dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling  kearah aziz…… Aziz. “hiiiiiiiiii……… hiiiiiiiiiii ………. hiiiiiiiiiii ……….”mengilai perempuan tua itu lantas berkata ..ITULAH KELEBIHAN BREEZZZZZZZZZZZZZZZEE!!!!!!!!!!”

Penulis instinct92

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: