Info & Tips

Knowledge of the World

  • nuffnang_bid = "50801bc826867ddc07b0abad04f947ff";
  • Iklan Berbayar

    Sebulan hanya RM10.00. Jika berminat sila e-mail kepada kami di bussinternet@gmail.com

  • PERCUMA!!!

Tips Penjagaan Persekitaran Komputer

Posted by putera2info on October 19, 2009

Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda. Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu

  • Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk. Jangan letak komputer anda di bahagian yang sentiasa terdedah kepada habuk seperti berhampiran dapur. Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda. Sekiranya anda membersihkan rumah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda. Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer anda.

2. Minuman dan Makanan

  • Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer. Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.

3. Merokok

  • Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer. Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah-celah keyboard.

4. Haba

  • Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer. Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang baik. Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan. Sekiranya haba terlampau panas, ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer. Seelok-eloknya gunakan kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer and

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: