Info & Tips

Knowledge of the World

  • nuffnang_bid = "50801bc826867ddc07b0abad04f947ff";
  • Iklan Berbayar

    Sebulan hanya RM10.00. Jika berminat sila e-mail kepada kami di bussinternet@gmail.com

  • PERCUMA!!!

Setting Outlook Express

Posted by putera2info on October 19, 2009

Secara asasnya, terdapat tiga jenis akaun emel : Web-based, POP dan IMAP yang saling berbeza dari segi cara ia berfungsi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menghantar dan menerima mesej.

Akaun emel TMNet tergolong di dalam emel POP. Apabila anda mendaftar akaun dengan Telekom Malaysia, anda akan menerima Login name (akan digunakan sebagai alamat emel anda) dan password. Alamat emel anda nanti ialah loginname@tm.net.my.

Program Outlook Express memang sudah sedia dipasang di dalam sistem anda. Langkah-langkahnya ialah:

  • Buka program Outlook Express
  • Pergi ke “Tools” dan pilih “Accounts”
  • Pilih “Add-Mail”
  • Isikan “Display name” (Ia akan dipaparkan apabila anda menghantar setiap mesej/emel nanti) , next
  • Pilih “I already have an e-mail adress…Isikan ruangan “E-mail adress” dengan ‘loginname@tm.net.my’, next
  • Di skrin “E-mail Server Names”, pastikan “POP3″ telah dipilih
  • Untuk ruangan “Incoming mail server”, taipkan ‘pop.tm.net.my’
  • Untuk ruangan “Outgoing mail (SMTP) server”, taipkan ’smtp.tm.net.my’
    next
  • Dalam skrin “Internet Mail Logon”, di dalam ruangan “Account name” dan “Password”, isikan ‘loginname’ dan ‘katalaluan’ yang telah diberi semasa anda mendaftar di Telekom dahulu.
  • Jika anda ‘tick’ di kotak “Remember password”, bermakna Outlook Express terus akan membuka emel anda setiap kali anda log-on. Finish

Selepas setting dilakukan adalah mudah bagi anda untuk menghantar email secara terus dari web yang anda lawati bila mana anda terjumpa alamat email sasaran yang di link kan kepada mailto:”alamat email berkenaan”.

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: